
Jeragat dan Tompok Gelap: Kenali Punca dan Cara Penjagaannya
Jeragat dan tompok gelap pada wajah boleh berlaku atas pelbagai faktor, tapi bagaimana nak kenal pasti puncanya?
Pernah perasan tompok coklat atau kehitaman yang muncul pada wajah dan semakin lama semakin ketara? Itulah antara tanda pigmentasi kulit yang sering dikenali sebagai jeragat. Tapi tahukah awak, bukan semua tompok gelap mempunyai punca yang sama?
Dalam artikel ini, kita akan kenali apa itu jeragat, punca dan jenis-jenisnya serta langkah penjagaan kulit yang boleh membantu mengurangkan penampilan tompok gelap pada wajah.
Apa Itu Jeragat dan Bagaimana Pigmentasi Terbentuk?
Jeragat boleh terbentuk apabila melanin dihasilkan atau terkumpul secara berlebihan pada bahagian tertentu kulit. Proses ini boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk pendedahan kepada sinaran UV (matahari), perubahan hormon dan faktor genetik. Keadaan ini menyebabkan tona kulit kelihatan tidak sekata dan kusam, sekali gus boleh menjejaskan keyakinan diri.
Apabila kulit kerap terdedah kepada cahaya matahari, penghasilan melanin boleh meningkat sebagai sebahagian daripada tindak balas semula jadi kulit terhadap sinaran UV. Jika melanin terkumpul secara tidak sekata, tompok coklat atau kawasan kulit yang lebih gelap boleh kelihatan pada wajah.

Jeragat berbeza daripada parut jerawat. Jeragat biasanya rata (tidak lekuk). Jeragat selalunya berwarna coklat muda, coklat gelap atau kelabu dan muncul di kawasan wajah seperti pipi, dahi, hidung serta sekitar mata.
Punca-Punca Jeragat pada Kulit
Sinaran UV - Pendedahan berlebihan kepada sinaran matahari merangsang penghasilan melanin, lalu menyebabkan jeragat dan tompokan gelap pada wajah.
Perubahan Hormon - Ketidakseimbangan hormon boleh mencetuskan melasma (sejenis jeragat).
Faktor Genetik - Keturunan boleh meningkatkan risiko masalah pigmentasi kulit.
Penuaan Kulit - Penuaan kulit menyebabkan penghasilan melanin tidak sekata dan munculnya bintik gelap.
Keradangan Kulit - Penggunaan produk skincare yang tidak sesuai atau keradangan jerawat boleh menyebabkan hiperpigmentasi dan meninggalkan bekas jerawat gelap pada wajah.
Apa maksud UVA dan UVB pada cahaya matahari?
UVA (Ultraviolet A)
Sinaran ini dikaitkan dengan masalah penuaan pramatang seperti kedutan, garis halus dan pigmentasi. Pendedahan UVA secara berlebihan juga boleh menyumbang kepada kerosakan kulit. Menariknya, sinaran UVA masih boleh menembusi kaca tingkap walaupun awak berada di dalam kereta atau berhampiran tingkap.
UVB (Ultraviolet B)
Sinaran ini merupakan punca utama sunburn atau kulit terbakar akibat cahaya matahari. Antara kesannya termasuk kulit kemerahan, rasa pedih dan pengelupasan. Pendedahan UVB secara berlebihan juga boleh merosakkan permukaan kulit.
Jenis - Jenis Jeragat
Jeragat mempunyai beberapa jenis mengikut punca:

Post-Inflammatory Hyperpigmentation (PIH) - Bekas gelap yang muncul selepas jerawat atau kecederaan kulit sembuh.
Jeragat matahari (Solar Lentigines) - Tompokan gelap yang muncul akibat pendedahan berpanjangan kepada sinaran UV.
Melasma - Tompokan pigmentasi yang berkait dengan perubahan hormon, terutamanya semasa kehamilan.
Jenis Jeragat Mengikut Lapisan Kulit
Kedalaman pigmen dalam kulit mempengaruhi penampilan jeragat dan pilihan rawatan yang sesuai:
Jeragat Epidermal - Pigmen berada di lapisan luar kulit, biasanya berwarna coklat dan lebih mudah dirawat dengan produk topikal.
Jeragat Dermal - Pigmen berada di lapisan lebih dalam, berwarna kelabu kebiruan atau coklat pudar dan pilihan rawatan bergantung pada jenis pigmentasi dan penilaian doktor kulit. Jangan memilih prosedur berdasarkan warna tompok sahaja.
Jeragat Campuran (Mixed Type) - Gabungan kedua-dua jenis jeragat yang biasa berlaku pada tona kulit Asia Tenggara, termasuk rakyat Malaysia.Cara menjaga kulit yang mengalami pigmentasi
Cara menjaga kulit yang mengalami pigmentasi
Jeragat tidak hilang dalam sekelip mata. Namun, rutin skincare yang konsisten boleh membantu mengurangkan penampilan pigmentasi dan mencegah jeragat daripada menjadi semakin ketara. Penjagaan kulit yang betul juga penting untuk memastikan kulit kekal sihat dan terjaga.
1. Gunakan Sunscreen Setiap Hari
Pilih sunscreen broad-spectrum dengan SPF 30 dan PA++ untuk membantu melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Apabila berada di luar, sapukan semula sunscreen setiap 4 jam. Perlindungan daripada cahaya matahari penting kerana pendedahan UV boleh menyebabkan jeragat menjadi semakin gelap.
2. Jangan Abaikan Moisturizer
Moisturizer membantu melindungi skin barrier. Pilih pelembap yang sesuai dengan jenis kulit supaya kulit kekal terhidrat, lembut dan kurang terdedah kepada iritasi.
3. Gunakan Serum dalam Rutin Penjagaan Kulit
Serum boleh melengkapkan rutin skincare dengan memperbaiki penampilan kulit mengikut formulasi produk. Pilih serum berdasarkan keperluan kulit dan bahan yang terkandung di dalamnya.
4. Elakkan Produk yang Menyebabkan Iritasi
Penggunaan produk skincare yang tidak sesuai atau terlalu banyak bahan aktif boleh menyebabkan keradangan dan menjadikan masalah hiperpigmentasi lebih ketara. Oleh itu, pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit dan perkenalkan bahan aktif secara berperingkat.
Rutin Skincare Harian untuk Kulit Berjeragat
Untuk menjaga kulit yang mempunyai masalah jeragat, anda boleh mengikuti rutin penjagaan kulit yang mudah dan konsisten seperti berikut:
Cleanser: Bersihkan wajah menggunakan pencuci muka seperti Ainaa Cleanser untuk menanggalkan kotoran, minyak dan sisa produk pada permukaan kulit.
Serum: Selepas membersihkan wajah, sapukan Ainaa serum secara merata pada seluruh muka. Berikan perhatian pada bahagian kulit yang mempunyai masalah jeragat.
Moisturizer: Gunakan Ainaa moisturizer untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menyokong fungsi skin barrier.
Sunscreen: Pada waktu pagi, akhiri rutin dengan Ainaa sunscreen SPF 50++. Sapukan secara merata pada wajah dan lakukan sapuan semula setiap 4 jam apabila berada di luar.
Cadangan Produk: Ainaa Serum untuk Melengkapkan Rutin Skincare
Selain rutin penjagaan kulit yang konsisten, pemilihan serum yang sesuai juga boleh membantu menjaga kelembapan dan penampilan kulit.
Ainaa Serum mengandungi beberapa bahan yang membantu menjaga keadaan kulit, antaranya:
Aloe Vera - Membantu melembapkan dan menenangkan kulit.
Cucumber Extract - Membantu menyegarkan kulit dan mengekalkan kelembapan.
Chamomile - Membantu menenangkan kulit yang mengalami iritasi dan kemerahan.

Ainaa Serum boleh dijadikan sebahagian daripada rutin penjagaan kulit harian mengikut arahan penggunaan produk. Walau bagaimanapun, hasil penggunaan mungkin berbeza mengikut keadaan dan jenis kulit individu.
Kenali serum yang sesuai untuk kulit
Setiap jenis kulit mempunyai keperluan yang berbeza. Jadi, penting untuk tahu cara memilih serum yang sesuai sebelum memasukkannya ke dalam rutin penjagaan kulit. Nak tahu serum yang sesuai dengan jenis kulit awak? Baca panduan memilih serum muka mengikut jenis kulit
Jeragat Makin Ketara? Jom Jaga Kulit dari Sekarang!
Nak kulit nampak lebih sihat dan tona lebih sekata? Mulakan dengan rutin skincare yang betul bersama Ainaa Beauty!
Soalan Lazim tentang Jeragat (FAQ)
1. Apakah punca utama jeragat di muka?
Puncanya bergantung pada jenis pigmentasi. Pendedahan kepada sinaran matahari, perubahan hormon, faktor genetik dan keradangan kulit boleh menyumbang kepada pembentukan atau perubahan tompok gelap.
2. Adakah sunscreen boleh menghilangkan jeragat?
Sunscreen bukan rawatan yang menjamin jeragat hilang. Namun, perlindungan matahari membantu mengurangkan pendedahan UV yang boleh memburukkan pigmentasi dan menyokong keberkesanan penjagaan kulit yang lain.
3. Berapa lama jeragat mengambil masa untuk pudar?
Tempoh untuk jeragat menjadi pudar berbeza mengikut jenis pigmentasi, punca dan keadaan kulit individu. Sesetengah tompok gelap mungkin mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan untuk menunjukkan perubahan.
Written by
Yasmin Intern
Clean, effective skincare made for real Malaysian skin — Halal certified, dermatologically tested and cruelty-free. More about Ainaa Beauty →
Keep reading
View all
How ToMicellar Water vs Cleansing Balm: Beza dan Mana Lebih Sesuai
Micellar water dan cleansing balm sama-sama buat kerja cleansing, tapi tak sama. Ketahui beza keduanya dan mana satu lebih sesuai untuk rutin awak.
How ToCara Atasi Jerawat: Punca & Penyelesaian yang Lembut
Jerawat memang menjengkelkan, tapi ia boleh diuruskan. Kenali punca sebenar jerawat dan rutin lembut yang konsisten untuk kulit lebih tenang.
How ToCleansing Balm Semakin Popular? Panduan Double Cleansing Yang Berkesan
Ramai yang rasa cukup sekadar cuci muka dengan pencuci biasa dan air selepas seharian beraktiviti. Tapi tahukah anda, itu belum
Comments(0)
Leave a comment
Comments are reviewed before they appear. Your email is never published.
No comments yet
Be the first to share your thoughts.