Micellar Water vs Cleansing Balm: Beza dan Mana Lebih Sesuai
How To

Micellar Water vs Cleansing Balm: Beza dan Mana Lebih Sesuai

Micellar water dan cleansing balm sama-sama buat kerja cleansing, tapi tak sama. Ketahui beza keduanya dan mana satu lebih sesuai untuk rutin awak.

YAYasmin Intern
5 min read1,130 views

Nampak macam sama-sama buat kerja cleansing, tapi sebenarnya tak sama! Selepas seharian memakai makeup, sunscreen atau terdedah kepada habuk dan kotoran, mencuci muka dengan cleanser sahaja mungkin buat awak tertanya-tanya, “Betul-betul dah bersih ke?” Tapi bila nak pilih antara micellar water dan cleansing balm, mana satu yang lebih sesuai?

Dalam artikel ni, kita kupas beza micellar water dan cleansing balm, siapa yang sesuai guna setiap satu, dan cara guna cleansing balm dengan betul.

Apa Itu Micellar Water?

Micellar water, atau dikenali juga sebagai cleansing water, ialah pencuci bertekstur ringan yang membantu menanggalkan makeup, minyak dan kotoran daripada permukaan kulit. Ia biasanya disapu menggunakan kapas (cotton pad).

  • Teksturnya watery dan tak rasa berat pada kulit

  • Sesuai untuk menanggalkan makeup ringan

  • Tidak melekit dan tidak berminyak

  • Tak perlu ke bilik air atau sinki untuk membersihkan solekan

  • Boleh juga digunakan untuk membersihkan berus solekan

Wanita menanggalkan makeup mata dengan kapas dan micellar water

Namun, untuk makeup waterproof atau long lasting, awak mungkin perlu sapu kapas berulang kali. Geseran yang lebih banyak pada kulit ni boleh menyebabkan kemerahan atau kulit jadi irritated.

Siapa yang sesuai guna micellar water?

  • Mereka yang lebih selesa dengan tekstur watery

  • Nak bersihkan sunscreen atau kotoran ringan sebelum rutin cleansing

  • Memakai makeup ringan atau minimal makeup

  • Suka kesan menyejukkan (cooling effect) pada kulit

Apa Itu Cleansing Balm?

Cleansing balm ialah pencuci berasaskan minyak yang bertekstur balm dan akan mencair apabila terkena kulit. Berbeza dengan micellar water, cleansing balm disapu terus pada wajah tanpa perlu kapas.

Ia membantu menanggalkan makeup, sunscreen, minyak berlebihan serta kotoran yang terkumpul pada kulit sepanjang hari. Sebab itu, cleansing balm sering digunakan sebagai langkah pertama dalam double cleansing.

Bagaimana cleansing balm berfungsi?

Minyak dalam cleansing balm melarutkan makeup dan sunscreen semasa awak urut perlahan-lahan pada muka. Apabila dicampur dengan sedikit air, balm akan bertukar menjadi tekstur seperti susu (milky) sebelum dibilas. Proses ini dikenali sebagai emulsification, dan inilah yang membolehkan kotoran berminyak dibilas bersih dengan air.

Walaupun fungsi utama kebanyakan cleansing balm sama, iaitu mencairkan makeup, bukan semua formula dicipta sama. Sesetengah produk boleh meninggalkan rasa berminyak yang rimas, malah ada yang menyumbat pori sehingga menyebabkan jerawat.

Kenapa ramai suka cleansing balm?

Cleansing balm sesuai untuk yang nak kulit rasa lebih bersih, segar dan selesa selepas seharian memakai makeup atau sunscreen. Saiznya yang compact juga senang dibawa, contohnya masa nak solat, sebab muat dalam poket atau beg kecil tanpa risau tumpah. Bila spatula dah disediakan dalam bekas, awak boleh bersihkan muka sebelum ambil wuduk dengan lebih bersih dan higienik.

Micellar Water vs Cleansing Balm: Mana Satu Patut Awak Pilih?

  • Pilih micellar water jika rutin awak lebih kepada makeup ringan dan awak suka tekstur watery.

  • Pilih cleansing balm jika awak kerap memakai makeup waterproof atau sunscreen yang lebih tebal, kerana balm membantu melarutkan produk tersebut tanpa perlu menggosok kulit berulang kali.

Kedua-duanya adalah langkah pertama. Selepas itu, awak tetap perlu cuci muka dengan facial cleanser berasaskan air.

Kenapa Pilih Ainaa Cleansing Balm?

Ainaa Cleansing Balm dengan model menyapu balm pada pipi

Ainaa Cleansing Balm direka untuk menjadikan langkah pertama membersihkan wajah lebih mudah, praktikal dan tidak memedihkan mata. Teksturnya berubah daripada balm kepada tekstur yang mudah diratakan pada kulit, dan membantu menanggalkan produk serta kotoran yang terkumpul pada wajah sepanjang hari.

Selain membersih, Ainaa Cleansing Balm juga membantu menjaga kelembapan dan keselesaan kulit, dengan gabungan 4 bahan utama: Chamomile German Extract, Sunflower Seed Oil, Avocado Oil dan Rosemary Leaf Extract.

4 Bahan Utama Ainaa Cleansing Balm dan Manfaatnya

  1. Chamomile German Extract: Menenangkan kulit, membantu memudarkan bintik gelap dan menyerlahkan tona kulit.

  2. Sunflower Seed Oil: Meningkatkan hidrasi kulit, memberi perlindungan antioksidan dan menyokong lapisan pelindung kulit (skin barrier).

  3. Avocado Oil: Mengandungi Vitamin A, E dan D yang membantu mengekalkan kelembapan dan mengelakkan kulit kehilangan air.

  4. Rosemary Leaf Extract: Membantu melegakan kegatalan dan menenangkan kulit yang teriritasi.

Infografik 4 bahan utama Ainaa Cleansing Balm: Chamomile German Extract, Sunflower Seed Oil, Avocado Oil dan Rosemary Leaf Extract

Sesuai untuk double cleansing

Jika awak nak cuba teknik double cleansing, Ainaa Cleansing Balm boleh digunakan sebagai langkah pertama untuk membersihkan sisa minyak, makeup dan sunscreen, diikuti dengan pencuci muka biasa awak. Untuk cara dan langkah yang lebih lengkap, baca panduan double cleansing yang berkesan.

Contoh rutin skincare malam

  1. Ainaa Cleansing Balm (pencuci pertama)

  2. Ainaa Cleanser (pencuci kedua)

  3. Ainaa Serum

  4. Ainaa Moisturizer

Cara Guna Ainaa Cleansing Balm

Sebelum skincare seterusnya disapu, pastikan wajah dibersihkan dengan baik. Mulakan rutin cleansing awak dengan langkah-langkah ini:

  1. Ambil satu scoop Ainaa Cleansing Balm menggunakan spatula yang bersih.

  2. Sapukan pada wajah yang kering. Pastikan tangan dan wajah kering, kemudian ratakan balm pada seluruh wajah secara lembut.

  3. Urut perlahan-lahan untuk melarutkan makeup, sunscreen dan kotoran. Tambah sedikit air dan urut lagi sehingga balm bertukar menjadi tekstur milky.

  4. Bilas dengan air sehingga wajah bersih.

  5. Teruskan dengan facial cleanser sebagai langkah kedua dalam double cleansing.

Dah Tak Sabar Nak Kulit Bersih?

Jangan tunggu sampai pori tersumbat baru nak menyesal! Jom mudahkan rutin cleansing awak hari ini:

Soalan Lazim (FAQ) Tentang Ainaa Cleansing Balm

Kulit berminyak dan berjerawat boleh pakai ke?

Boleh! Ramai ingat kulit berminyak tak boleh pakai produk berasaskan minyak. Sebenarnya, minyak dalam Ainaa Cleansing Balm membantu melarutkan minyak berlebihan dan kotoran pada kulit. Selepas dibilas dengan air dan dicuci dengan facial cleanser, kulit akan rasa bersih tanpa kesan berminyak.

Boleh guna cleansing balm setiap hari walaupun tak pakai makeup?

Boleh. Walaupun tak pakai makeup, kita tetap pakai sunscreen dan terdedah kepada debu serta pencemaran di luar. Sunscreen jenis kalis air tak akan bersih sepenuhnya jika guna pencuci biasa sahaja, jadi guna balm setiap malam membantu mengelakkan pori tersumbat.

Satu bekas biasanya tahan berapa lama?

Sekitar 1 bulan, bergantung pada kekerapan penggunaan. Teksturnya pekat dan mudah mencair, jadi satu scoop kecil sudah cukup untuk seluruh wajah.

#Micellar Water#Cleansing Balm#Double Cleansing#Skincare Routine
Share
YA

Written by

Yasmin Intern

Clean, effective skincare made for real Malaysian skin — Halal certified, dermatologically tested and cruelty-free. More about Ainaa Beauty →

Comments(0)

Leave a comment

Comments are reviewed before they appear. Your email is never published.

No comments yet

Be the first to share your thoughts.

Keep reading

View all